Tuesday, August 18, 2009

KELEBIHAN TAKAFUL ETIQA

1. Mendapat Manfaat Penyakit Kritikal

Peserta yang disahkan mendapat penyakit kritikal tahap-3, boleh membuat tuntutan untuk menjalani rawatan hospital.

2. Manfaat Indemniti akibat kemalangan

Sekiranya peserta terlibat dalam kemalangan, boleh membuat tuntutan berdasarkan tahap-tahap kecederaan atau berlaku mana-mana kecacatan terhadap anggota badan.

3. Manfaat Khairat Kematian

Sekiranya peserta meninggal dunia semasa tempoh polisi takaful masih lagi sah, maka keluarga peserta tersebut boleh membuat tuntutan khairat kematian. Khairat kematian akan diberikan kepada penama (waris) yang tercatat didalam dokumen takaful peserta

4. Mendapat Manfaat Elaun Hospital

Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari semasa mendapat rawatan. Sekiranya peserta menerima rawatan kurang daripada 6 jam, tidak boleh membuat tuntutan elaun hospital.

5. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah

Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional

Menurut Fatwa KebangsaanSemasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat

Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Etiqa Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan 'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat

Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Etiqa Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai Pendapatan

Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Etiqa Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)

Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful (win-win situation)

13. Amal Jariah (Tabbaru'at)Falsafah

Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia

Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Etiqa Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat

Selain menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya. Dengan menyertai pekej skim Etiqa Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan dijamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).


2 comments:

  1. etiqa insurance mcm ne?
    setahu sy. hanya masuk ke hospital gov bru kita boley claim elaun harian.. lagi satu. medical card hanya cover 90%. 10% lg kita kena byr sendiri kan?

    ReplyDelete
  2. tlng jelaskan kelebihan dan kekurangan etika takaful medikal kad berbanding etika insuran medikal kad?

    ReplyDelete