Friday, August 14, 2009

KERATAN AKHBAR

Harian Metro / Jumaat / 21.08.2009

Bayar bil rawatan

KUALA LUMPUR: Dua syarikat insurans, Etiqa Insurance Berhad dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, semalam mengumumkan akan membayar tuntutan yang dibuat pemegang polisi perubatan dan kesihatan mereka sekiranya dimasukkan ke hospital kerana rawatan Influenza A (H1N1). Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Etiqa Insurance, Datuk Aminuddin Md Desa, dalam kenyataan di sini berkata, kemudahan itu berkuat kuasa serta-merta.Beliau berkata, pihaknya sentiasa berpegang pada asas insurans dan takaful iaitu untuk membantu orang ramai kerana H1N1 boleh menjangkiti sesiapa saja. “Oleh itu, dalam masa sukar ini, kami membuat keputusan melanjutkan liputan bagi pemegang pelan perubatan dan kesihatan untuk merangkumi Influenza A(H1N1), sekali gus memastikan tuntutan akan dibayar kepada pemegang polisi yang dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan kerana wabak itu.
“Ini akan memberi mereka perlindungan secara fizikal dan daripada segi kewangan,” katanya.


No comments:

Post a Comment