Thursday, August 13, 2009

Latar Belakang Etiqa


Alamat : Level 19, Tower C, No. 1, Jalan Maarof, 59000, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2297-1888
Fax : +603-2297-1800
Etiqa Oneline Contact Centre: 1-300-13-8888

Mayban Fortis ditubuhkan pada tahun 2001 dengan penggabungan antara bank terbesar di Malaysia iaitu Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Fortis International NV, salah satu Perkhidmatan Kewangan terbesar di Eropah. Pada tahun 2005, Mayban Fortis telah berkembang dengan pesatnya dengan pengambilalihan Malaysian Nasional Insurans Berhad (MNI), sebuah syarikat insurans tempatan terbesar dan anak syarikatnya, Takaful Nasional Sdn Bhd, pengendali Takaful terpenting di Malaysia.

Dengan pegangan sebanyak 70% oleh Maybank dan 30% oleh Fortis, perkongsian ini memperlihatkan semua kumpulan syarikat insurans Maybank bernaung di bawah satu bumbung iaitu Mayban Fortis Holding Berhad. Dari segi kewangan, penggabungan tersebut melonjakkan Mayban Fortis ke tangga ke-2 penginsurans terbesar di Malaysia dan Pengendali Takaful utama di Negara kita.

Pada penghujung tahun 2007, usaha penggabungan Malaysia Nasional Insurans (MNI) dan Takaful Nasional sampai kemuncaknya dengan penjenamaam semula keseluruhan kumpulan insurans dan takaful kepada nama baru iaitu Etiqa.

JAWATANKUASA SYARIAH

1. Sahibul Samahah Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria (Pengerusi)
2. Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan
3. Dr. Mohammad Deen Mohd Hanapiah

MISI KORPORAT

“Menawarkan Perkhidmatan Takaful Cemerlang untuk Perpaduan Ummah”


No comments:

Post a Comment